Raja Nazrin minta Salleh buatkan sepasang kasut

28 02 2007


KUALA KANGSAR 7 Okt. – ‘‘Saya baca dalam akhbar, saudara ada kepakaran buat kasut ya?

‘‘Kalau macam tu bolehlah buatkan sepasang kasut untuk saya,” itulah titah permintaan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang berkenan menerima menghadap bekas banduan, Salleh Talib di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Sebagai tanda sokongan kepada Salleh untuknya memulakan kehidupan baru, baginda turut meminta para pembesar di negeri ini menempah kasut masing-masing daripada Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Pak Rashid.

Pak Rashid yang berpakaian lengkap baju Melayu warna merah jambu dan bersamping songket kelihatan tersenyum sambil menyatakan kesanggupannya menjahit sepasang kasut untuk baginda.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 10 minit itu, Raja Nazrin mengambil peluang bertanyakan pelbagai soalan mengenai pengalaman Pak Rashid sepanjang 30 tahun berada dalam penjara, perancangan masa depan serta perasaannya menyambut puasa dan Hari Raya di samping keluarga tercinta.

Pada majlis penganugerahan sumbangan itu, seorang lagi banduan yang juga rakan Pak Rashid iaitu Jamil telah menyatakan keuzurannya ketika ini dan masih memerlukan masa untuk melakukan penyesuaian dalam proses melalui kehidupan baru.

Salleh dan Jamil dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam rompakan bersenjata di Baling, Kedah melibatkan wang gaji Felda sebanyak RM50,000 ketika masing-masing berumur 27 dan 26 tahun.

Kedua-duanya dibebaskan Selasa lepas, selepas menerima keampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selamat menjalani hukuman selama 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari di Penjara Taiping dan Sungai Buloh.

Majlis menghadap yang berlangsung secara simbolik itu melambangkan hasrat baginda untuk mengajak masyarakat memainkan peranan aktif membantu bekas banduan menjalani kehidupan biasa.

Raja Nazrin turut meminta supaya Pak Rashid yang kini berusia 57 tahun dan masih bujang supaya menjemputnya jika melangsungkan perkahwinan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim turut hadir pada majlis tersebut.

Pak Rashid yang ditemani anak saudaranya turut memaklumkan kepada baginda mengenai rancangannya untuk mengusahakan projek tanaman cili dan membuka sebuah kedai kasut sebagai sumber mata pencariannya.

Raja Nazrin yang kelihatan mesra berbual-bual dengan Pak Rashid dalam loghat Perak turut meminta supaya Majlis Agama Islam Perak (MAIP) mendapatkan khidmat Pak Rashid memberi motivasi dan ceramah kepada para belia mengenai pengalamannya sebagai banduan paling lama tinggal dalam penjara di negara ini.

Baginda kemudiannya berkenan menjemput Pak Rashid menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Santapan istana.

Dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media, baginda percaya pengalaman pahit mereka itu akan dapat dijadikan peringatan terutamanya kepada generasi muda.

Baginda berpandangan bahawa masyarakat berperanan besar membantu menyokong usaha pemulihan yang telah dirintis oleh Jabatan Penjara dengan memastikan mereka yang telah tamat menjalani hukuman diserapkan secepat mungkin ke dalam masyarakat tanpa prasangka.

Raja Nazrin berkeyakinan bahawa masyarakat mampu memainkan peranan secara aktif dalam membantu mengurangkan keresahan yang dialami oleh bekas banduan di samping membantu usaha Jabatan Penjara melakukan program pemulihan secara efektif.

Baginda turut mengajak masyarakat memikul tanggung jawab sosial membimbing bekas banduan supaya dapat memainkan peranan lebih konstruktif di negara ini.





nape

2 08 2006




Tasek Lake Garden

2 08 2006

Siapa pembukaan nya?





Hello world!

26 06 2006

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!